Tuesday 11 November 2014

SOLAT HAJAT PERDANA

Semoga semua murid tahun 6 berjaya dalam peperiksaan UPSR kali ini. Disebabkan semua orang sibuk memasak pada hari ini, hanya beberapa gambar sahaja yang sempat dirakam. Aktiviti ini berlangsung pada 27.08.14

ROMBANGAN KE MELAKA

Pihak sekolah dan PIBG telah mengadakan lawatan ke Melaka pada 9 Mei 2014. Kira- kira 50 orang murid, serta guru dan ibubapa menyertai rombongan ini. 3 buah bas bergerak seiring jalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Tengoklah beberapa gambar tentang perjalanan dan pengembaraan kami di sana. Betapa lenguh lutut hanya tuan lutut yang tahu.
 Kuda kecik
 Cuba cari di mana haiwannya
 Zoo Melaka
 Planetarium Melaka
 Muzium Kapal Selam
 Kota A'Farmosa
Menara Taming Sari

SUKAN TAHUNAN 2014

Melayang seperti belalang.
Antara gambar menarik untuk dikongsi bersama. Intenet slow dapat masuk 2 gambar sahaja.


Sunday 3 March 2013

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN ZON MENGKARAK 2013

PADA 28/02/2013 KEJOHANAN PADANG & BALAPAN ZON MENGKARAK 2013 TELAH DIADAKAN DI SK KUALA TRIANG. SKBP TELAH MENGHANTAR KONTIJEN SERAMAI 21 ORANG  BAGI KEJOHANAN TERSEBUT. KEPUTUSANNYA SKBP TELAH MERAIH PINGAT EMAS BAGI ACARA LONTAR PELURU LELAKI BAWAH 10 TAHUN & PINGAT GANGSA BAGI ACARA LARIAN 100M PEREMPUAN BAWAH 10 TAHUN . TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MOHD DANIAL HAKIMI & SYAQIFAH AKILA....