sejarah skbp



Sejarah penubuhan awal sekolah ini dikenali Sekolah Atap Rakyat di tapak asalnya di tebing sungai Pahangyang diasaskan oleh Tuan Haji Said Bin Zainol, Tuan Haji Idris Bin Zainol dan Tuan Haji Ishak Yaakub padatahun 1949M tapak asalnya telah dialih ke tempat yang kedapatan sekarang ini. Terdapat 4 orang guru iaitu Tuan Haji Said , Tuan Haji Ishak , Tuan Haji Idris dan Cikgu Rani dari Kampung Bangau Tanjung mula berkhidmat di sekolah ini. Guru berkenaan telah digantikan oleh guru besar Samah bin Bakar dan guru penolong Cikgu Jamaluddin Ahmad dari Kampung Durian Tawar serta Cikgu Abdullah dari Kampung Sanggang. Semasa zaman Pemerintahan Darurat sekitar tahun 1949 hingga 1953 sekolah ini telah dijadikan penempatan berpusat penduduk Kampung Batu Papan bagi memudahkan British mnjalankan pentadbirannya. Pada tahun 1958 bangunan kayu sekolah ini telah dirasmikan oleh Sultan Pahang Almahrum Sir Abu Bakar. Keberangkatan ke Bawah Duli DYMM Baginda Almarhum Sultan Abu Bakar Riyaatuddin Shah sekali lagi merasmikan bangunan 2 tingkat pada tarikh 09 Oktober 1971.Sejarah penerokaan Batu Papan adalah sebuah penempatan tradisional orang melayu di sepanjang sungai pahang. Kampung Batu Papan terletak di Mukim Bera, merupakan perkampungan Melayu Pahang dan jalanraya boleh dihubungi ke Bandar Bera ( Kerayong ) pada jarak 20 km dan 38 km ke Bandar Temerloh

No comments:

Post a Comment